"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Al-Anbiyaa' : 35)
Demikian ketetapan Allah ke atas makhluknya. Ayat di atas (dan ayat-ayat lain seumpamanya) selain menjadi tazkirah kepada kita semua agar bersedia menghadapi kematian, sekiranya kita amati adalah menjadi hujjah atas kebenaran Al-Quran itu sendiri. Al-Quran dengan begitu yakin dan tegas telah menetapkan bahawa kematian itu suatu yang PASTI berlaku ke atas setiap yg bernama makhluk dan ketetapan / peraturan / sunnatullah itu tidak dapat diubah-ubah lagi,
Manusia, walau secerdik / sepandai manapun dia pasti tidak berani untuk menjamin bahawa SETIAP yang hidup pasti menemui kematian (kecuali manusia yg sudah hilang kewarasannya), Ini kerana kita tidak pasti mungkin saja 1000 tahun lagi manusia dapat menemui formula / pil / ubatan yang boleh mengekalkan keremajaan seseorang dan memberinya kekebalan dari kecederaan atau penyakit. Apatah lagi dengan kemajuan sains sangat cepat dan produktif menghasilkan penemuan demi penemuan baru, impian tersebut mungkin sahaja tercapai. Itu, seandainya kita mengikut logik kita semata-mata.
Kita hanya berani memberi jaminan bahawa semua yang hidup pasti menemui kematian HANYA setelah ditegaskan sendiri oleh Al-Quran dan kita menjadi amat yakin dengan 'postulat' atau 'aksiom' tersebut. Bersandarkan postulat yg ditetapkan oleh Al-Quran tersebut, kita tidak memerlukan sribu tahun lagi untuk membuktikan premis bahawa 'semua yang hidup / setiap diri pasti akan mati'.
Semoga kita semakin yakin dengan Al-Quran dan Islam yang kita anuti ini dan keimanan kita semakin teguh dari hari ke hari sehingga kita sendiri menemui kematian.
No comments:
Post a Comment