TAKAFUL * PROPERTY * PHILOSOPHY * POLITICS * EDUCATION * PERSONAL VIEW

Friday, March 23, 2012

ASKAR WATANIAH MUDA

Sebenarnya isu yang ingin penulis sampaikan di sini sudah lama diperkatakan dan muqkin sudah basi serta tidak sesuai lagi dijadikan tajuk berita. Walaubagaimanapun oleh kerana masalah tersebut berlarutan adalah wajar ianya dibaqkitkan dari semasa ke semasa agar pihak-pihak yaq memikul amanah rakyat sentiasa disedarkan dengan taqguq jawab mereka. 

Adakah anda masih ingat sewaktu seorang Menteri Pelajaran masuk ke sekolah lalu menimbang beg pelajar di sekolah tersebut? Menteri tersebut adalah orang yang sama masuk ke jalan raya menaiki bas (mewah) untuk meninjau 'denyut nadi rakyat' yaq meqhadapi kesesakan lalu lintas. Apakah hasilnya dari lawatan tersebut? Apakah sekarang ini masalah tersebut telahpun selesai.

Melihat kepada anak-anak saya sendiri serta murid-murid sekolah sekarang saya yakin tiada sebarang perubahan hasil dari gegak gempita tiga empat tahun lepas tentang masalah beg berat di sekolah. Banyaklah cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah beg berat tersebut, antaranya menyediakan loker di sekolah-sekolah, dan sebagainya lagi. Masalah beg berat yang ditanggung oleh anak-anak kita di sekolah adalah manifestasi kepada berbagai lagi masalah yang berlaku di negara kita namun tiada penyelesaiannya.

Masalah tinggal masalah dan sekali pandang anak-anak kita tak ubah seperti askar wataniah atau peqemabara / pelancoq 'backpacker'. 

Askar Wataniah Muda
(Ketebalan beg 2x ganda ketebalan badan)

Bayaqkanlah seoraq budak berumur 7 tahun (Darjah 1) sudah memikul beg seberat 5 - 10 kilogram diatas belakaqnya menaiki tangga ke tingkat 3 setiap hari. Menurut kajian, membawa beg dengan beban berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti sakit belakaq dan saraf tulang, pembengkokan tulaq belakaq (Scoliosis), kecederaan bahu dan leher, tekanan kepada tulaq dan otot, pembentukan postur badan yaq tidak sempurna dan berbagai lagi masalah melibatkan tulaq dan otot dalam jaqka masa panjaq atau pendek. Selain itu ianya juga boleh memberi kesan kepada pembesaran kanak-kanak yang menyebabkannya menjadi 'kontot' dan tidak 'lanjar' macam figura pramugari / model (maaf... istilah segera). Itu belum lagi diambil kira masalah kecederaan akibat kemalangan yang berpunca dari jatuh dan sebagainya.

Sila rujuk ;
http://www.livestrong.com/article/229521-what-are-the-dangers-of-heavy-backpacks-for-children/
http://www.livestrong.com/article/215892-effects-of-heavy-backpacks-on-children/
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12EMB/Article/index_html
Pada hemat saya, masalah ini dapat diatasi atau dikuraq dengan suatu cadaqan iaitu dengan meqhapuskan peqgunaan buku tex. Ya..., di zaman yang serba caqgih dan maklumat di hujuq jari ini pegunaan buku tex sudah tidak relevan lagi. Insyaallah penulis akan mengulas lanjut tentang cadaqan tersebut di ruaqan lain.

Persoalannya, apakah deqan masalah beg berat yang dihadapi oleh anak-anak kita yaq belum mengerti apa-apa ini, kita terpaksa selesaikan deqan menukar kepimpinan negara kita yaq mempunyai keprihatinan yaq lebih tinggi dan idea yaq lebih kreatif dan segar. Apakah sampai ke tahap itu... ?

Sunday, March 18, 2012

Biarkan SEX sebagai ... SEX

 , maksud saya huruf X adalah suatu huruf yang istimewa kerana ia mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri sama ada dari segi  maksud, bentuk dan bunyi kalimatnya. 

Dari segi maksudnya pula, huruf X digunakan terutamanya dalam bahasa Iqgeris untuk membawa maksud sesuatu yang tidak diketahui puncanya atau sesuatu yang misteri. Sebagai contohnya X-ray bermaksud sinar cahaya yang tidak diketahui puncanya (pada awal penemuannya). Pernah lihat cerita X-files yang sangat popular suatu ketika dulu? Ianya meqisahkan siri penyiasatan oleh dua orang ejen yang menyiasat kes-kes yang pelik melibatkan UFO dan sebagainya yang penuh misteri. X-men pula mengisahkan manusia2 luar yang mempunyai kekuatan luar biasa (dan misteri?).

X juga istimewa dari segi bentuknya yang simetri bahkan mempunyai sehingga 4 paksi simetri. Maka X digunakan untuk pelbagai perlambangan seperti Jaqan, Laraqan, Peqgandaan huruf (dharab / kali) dan berbagai lagi. Maka tidak hairan sekiranya X lebih tersohor dari huruf-huruf lain dalam peqiklanan atau logo perniagaan. Andainya huruf-huruf ini diaqgap sebagai model dalam peqiklanan maka X bolehlah dianggap sebagai "supermodel" setaraf dengan huruf A dan O.

Image Detail
 



Berkaitan deqan X sebagai simbol kepada penggandaan maka timbul pula peqgunaan X yang menunjukkan peqgandaan saiz badan seseorang. Adakah anda bersaiz x-tra? Apakah saiz pakaian anda L atau XL atau mungkin XXXL ?

Dalam matematik, huruf X menjadi pilihan utama bagi mewakili nilai pemboleh ubah yang tidak diketahui / unknown / anu namun kali ini huruf X yang dipilih adalah X junior dari keturunan Latin iaitu х kerana X senior telah digunakan sebagai mewakili simbol dharab.

Walaubagaimanapun bagi anda yang baru pertama kali hendak mengundi janganlah anda X dacing sekalipun saya tahu ramai daripada anda bencikan lambang tersebut kerana X di sana bermaksud UNDI dacing bukannya TAK MAHU DACING. (sekadar contoh OK!)



Dari segi bunyi huruf pula, x mewakili 2 gabungan huruf iaitu huruf k dan s menjadi "ks". Sayang sekali, bilamana sesuatu perkataan yang berasal dari perkataan Inggeris hendak diBahasa Melayukan, huruf X telah diketepikan (seperti nasibnya si Q) dan digantikan dengan KS. Di antara perkataan yang mengalami nasib sedemikian adalah seperti ;

SEX menjadi SEKS

EXTREME menjadi EKSTRIM

PARADOX menjadi PARADOKS

EXPO menjadi EKSPO

EXPORT menjadi EKSPORT

EXTRA menjadi EKSTRA

RILEX menjadi RILEKS

EXPLORATION menjadi EKSPLORASI

nasib baik X-RAY  tidak menjadi EKSRAY

Persoalannya, meqapa peranan dan bunyi asal X diketepikan semata-mata untuk memBahasa Melayukan sesuatu perkataan? Apakah rasionalnya? Jika ada sesuatu peraturan yang meqhalang tidak bolehkan peraturan itu dipinda, diabai atau dibuat-tak-tahukan?

Di sini saya ingin menyeru pihak yang bertaqgungjawab menaiktarafkan Bahasa Melayu agar sekali lagi menjadi bahasa dunia dan Liqgu Franca (bukan DBP ker?) untuk mempertimbaqkan saranan penulis yang kerdil ini ATAU suatu revolusi akan melanda bahasa kita (hahaha... ugut sikit)

Penulis yakin anda lebih selesa mengeja SEX dari SEKS bukan? Maka biarkanlan SEX dieja sebagai SEX (dan bukan SEKS) tanpa perlu mequbah apa-apa yang tidak perlu.
(sekadar berkongsi idea yang dikurniakan Allah kepadaku)

Tuesday, March 13, 2012

TABIK UNTUK RAKYAT JEPUN

Rencana ini ditulis sempena genap setahun peristiwa gempa bumi dan tsunami melanda negara Jepun pada 11/3/2011 yang lepas.
Mahu tak mahu kita terpaksa mengakui rakyat negara Jepun adalah suatu baqsa yang berhak dikagumi. Baqsa yang pernah tersungkur bahana dua butir bom atom dalam Perang Dunia Ke II itu baqkit dari musibah yang melanda dengan cepat. Sekalipun mereka kebanyakannya golongan bukan Islam namun ramai orang Islam termasuk penulis tidak dapat menyembunyikan kekaguman kita kepada baqsa dari Negara Matahari Terbit ini.

Kita umat Islam di Malaysia dan juga di negara lain kalah kepada baqsa ini dari segenap segi. Bermula dari sudut kebersihan, budaya membaca, menepati waktu, bertatasusila dan berperibadi tinggi, bersemangat waja, berkreativiti tinggi (lihat saja game show mereka dalam You Tube mengalahkan Omputeh) dan berinovasi serta berbagai lagi (penuh mulut nampaknya saya 'ter'puji mereka). 
Bilamana Tsunami melanda negara tersebut ramai yang menjaqkakan bahawa negara Jepun akan mengalami kelumpuhan dan penderitaan untuk jangka waktu yang panjang. Sebaliknya kita sekali lagi dapat menyaksikan bagaimana pemimpin dan rakyat Jepun baqkit dengan cepat walaupun tidak begitu mendapat bantuan antarabaqsa.

Sememaqnya masih banyak yang perlu dilakukan di mana untuk melupuskan sisa-sisa dan sampah sarap dari bencana tersebut sahaja diaqgarkan memakan masa berpuluh tahun belum lagi untuk membina semula di atas keruntuhan yang ada.

Selepas kejadian yang memakan puluhan ribu jiwa tersebut (the aftermath) kita tidak berpeluaq melihat rakyat jepun berasak-asak dan berebut untuk mendapatkan bantuan makanan dan kemanusiaan. Tiada laporan kejadian kecurian atau pecah rumah / kedai oleh mereka yang mengambil kesempatan menaqguk di air keruh. Sedikit sekali "faces of sorrow" yang terakam dan disiarkan oleh akhbar-akhbar sebaliknya adalah wajah-wajah kesabaran menaqgung derita.

Senario yang berbeza pastinya akan kita lihat di negara kita bilamana kerajaan meqadakan sesuatu pemberian percuma kepada rakyat seperti bantuan banjir, rumah murah, BR1M dll, ramai yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan walaupun tidak berhak / layak bahkan saqgup meqgunakan line politik tertentu pula untuk mendapatkannya. Ramai pula yang menyalahgunakan bantuan yang diberi (baucer buku).
Hal yang demikian bukan sahaja disebabkan Jepun mempunyai sistem pequrusan bencana dan risiko yang cekap dan terlatih namun lebih kepada budaya dan sifat rakyat Jepun sendiri yang mempunyai ciri-ciri mulia seperti kejujuran, bekerja kuat, amanah, toloq menoloq dan berbagai lagi.


<><><><><><><><>
pastinya ... ada yang bersedih (face of sorrow) dalam tragedi sebegini

Image Detail
Merenung masa depan yang tidak menentu

Imej yang kekal di memori jutaan manusia

Sekiranya kita melayari laman-laman sesawang dan komen-komen di internet kita akan dapati terlalu banyak pujian tentang ketabahan dan kesabaran rakyat Jepun menaqgung derita Tsunami.

Sekadar memetik beberapa dapatan ;

“I’m just so shocked how prepared they are for earthquakes. They know their evacuation route, they know where to meet, and they know all these technical procedures. Everyone’s just helping each other out,” said one of the tourists who witnessed both the earthquake and how orderly Japanese people presented themselves. Even on her three-hour walk home Friday night, she said no children were crying, the elderly were being looked after and no one seemed in a panic.
"Despite an estimated cost to the Japanese economy of close to £115 billion, locals have pulled together to get their home towns up and running again.
It is an impressive sight that has earned Japan the respect, and sympathy, of the world."

"Only in Japan where they have respect towards each other. Other countries take advantage of natural disasters by robbing stores, people's home, other people, and don't give a sh!t about people suffering."

"Facing this apocalyptic end-of-days type scenario is the resilience of the Japanese people. Within hours of the tsunami some Japanese citizens turned up for work “because it’s a work-day.” In the streets of Tokyo, pedestrians are waiting patiently for the “green man” before crossing a street that is devoid of cars. There are none of the looting and theft scenes such as those that happened in the aftermath of other catastrophes like Chile, Haiti, New Orléans, and the UK.
In Japan when a small child finds a small coin, perhaps equal to our one cent, the parent will go with the child to the police station, or koban, where a police officer who does not consider it to be a waste of time, will laboriously fill out the required missing property forms and then studiously tell the child that, if it is not claimed after a period, the property will revert to the finder. In this way a deep respect for the sanctity of private property is instilled from an early age."
http://johnlbradfield.com/environment/japanese-tsunami-and-the-amazing-resilience-of-japanese-people/

Image Detail
Aftermath - Japanese wait in line to call families that they are not able to go home because of temporary subway suspension.Japanese people patiently waiting in line for the subway entrance

Image Detail
Beratur untuk mendapat air

Image Detail
Sabar sekalipun terpaksa berbaris panjang

Sebagai rakyat berfikiran kelas pertama, rakyat Jepun amat sedar akan kepentingan Insuran di mana dilaporkan, purata pemilikan insuran nyawa oleh rakyat Jepun adalah 400% (iaitu purata setiap orang mempunyai 4 polisi insuran) dibandingkan dengan 80% di Amerika, 100% di Singapura dan hanya 40% di Malaysia.
Dilaporkan juga, akibat Tsunami, syarikat-syarikat Insuran diaqgarkan terpaksa menaqgung kerugian dari $10 hingga $35 billion. Ini secara relatifnya lebih kecil dibandiqkan kerugian keseluruhan harta benda diaqgarkan melebihi $ 115 billion. Ini kerana sebahagian kerugian besar ditaqgung oleh kerajaan, peratusan rakyat Jepun yang mengambil insuran bencana alam adalah kecil, juga kerana berlaku ditempat yang secara relatifnya kuraq penduduk.

* Penulis juga ada terbaca sebuah buku bertajuk Meqapa Rasulullah Jarang Sakit yang di antaranya babnya bertajuk,  "Jepun ; Negara Islam Yang Tiada Orang Islam Di Dalamnya". Pastinya penulis buku tersebut mempunyai hujjah tersendiri sehiqga menyifatkan sedemikian kepada negara tersebut.

* Ketika saya menukar ng kepada q dalam rencana ini, saya dapati banyak ayat yang naik sebaris ke atas akibat penjimatan satu huruf sahaja.

Friday, March 9, 2012

TUKAR "NG" KEPADA "Q"

Zaman sekaraq sekarang adalah zaman di mana semua aktiviti hendak dilakukan dengan cepat. Kalau dahulu, kita boleh menunggu PC kita mengambil masa sehingga seminit untuk di"boot", sekarang ini sekiranya melebihi 10 saat untuk boot pun kita sudah berasa terlalu lama dan mungkin mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengan komputer kita.

Perhatikan tulisan kawan-kawan kita di dalam facebook atau sms, terlalu banyak perkataan yang diringkaskan semata-mata untuk menjimatkan masa dan ruang. Apatah lagi charge untuk sms di kira "as per text basis" atau berdasarkan jumlah perkataan. Ini bermakna penjimatan huruf bermaksud penjimatan wang.

Dalam tulisan jawi, hurung NG hanya diwakili oleh satu huruf sahaja iaitu huruf "NGA" (ڠ). sayangnya tiada satu huruf yang boleh mewakili huruf 'ڠ' dalam tulisan rumi, Bagi menggantikan huruf tersebut maka digunakan huruf NG. Ini bermakna penambahan satu huruf (menjadi dua huruf gabungan) bagi mewakili satu bunyi konsonan.

Pada masa yang sama kita dapati huruf Q kurang digunakan dalam penulisan perkataan Bahasa Melayu. Tambahan pula sebutan huruf Q hampir sama bunyi dengan huruf K dalam Bahasa Melayu.

Itulah sebabnya kita dapati penggunaan huruf Q telah ditukar ke huruf K bila perkataan tersebut di Bahasa Melayukan seperti Qualiti di tukar kepada Kualiti, Quantiti kepada Kuantiti, Quadrant kepada Kuadran,  Qudrat kepada Kudrat, erm, erm, ... apa lagi yer?... (sila cadangkan kepada saya jika ada).

Dengan kata lain, dua huruf Q dan K telah mewakili satu bunyi yang hampir sama dalam BM dan oleh kerana huruf K lebih dominan penggunaanya maka huruf Q kelihatan merajuk dan menyisihkan diri.

Penulis berpendapat huruf Q diberikan peranan dan tanggungjawab (macamlar huruf ni manusia yer...) yang lebih besar iaitu diberi bunyi yang baru iaitu bunyi "NG". Huruf Q amat sesuai untuk tugasan tersebut kerana huruf besarnya (capital letter) dan huruf kecilnya menyerupai huruf G. Bandingkan G dengan Q  (sama-sama berbentuk bulat, "chubby" dan menjelir lidah) dan juga "g" dengan "q" (sama-sama punya kepala dan ekor).

Maka mulai hari dan saat ini,marilah kita bersama memulakan revolusi dalam penulisan Bahasa Melayu deqan cara kita menukarkan peqgunaan huruf 'ng' kepada huruf 'q'. Muqkin pada awalnya kita merasa jaqgal namun akhirnya kita pasti akan dapat menerimanya.

Sebagai laqkah awal, penulis cadaqkan agar peqgunaan q meqgantikan ng hanya di dalam penulisan tidak rasmi dahulu seperti sms, twitter dan facebook. Selepas itu kita teqoklah kesannya dan biarkan juga Bahasa Melayu terevolusi sendiri oleh cetusan idea penulis tersebut.

Nanti apa kata orang Inqgeris dan kesannya yang berbeza dengan bunyi sebutannya (huruf Q) dengan Bahasa antarabaqsa? Apa pula kata Pertubuhan Penulisan Antarabaqsa? Haha... jaqan bimbaq sebab sebenarnya pertubuhan tu tak wujud. Jaqanlah kita fikir saqat akan apa oraq luar akan kata. Baqsa Yahudi tetap kuat walaupun tulisan  yang pelik itu (Hebrew) dan bahasanya hanya digunakan oleh baqsanya sahaja. Baqsa yang mempunyai jatidiri untuk mengekalkan identitinya tetap akan muncul dominan manakala baqsa yang takut-takut dan rela meqhapuskan tulisannya sendiri (jawi) atau memperkecilkan peranan bahasanya (?) kerana takut berbeza akan menjadi senasib dinosor... walau selalu meqhunus keris dan menjerit "Takkan kami hilang di dunia".

Apa pula kata DBP... tengoklah yer... muqkin tak kata apa-apa kerana mereka sedaq sibuk bermesyuarat.

"dare to be difference"