, maksud saya huruf X adalah suatu huruf yang istimewa kerana ia mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri sama ada dari segi maksud, bentuk dan bunyi kalimatnya.
Dari segi maksudnya pula, huruf X digunakan terutamanya dalam bahasa Iqgeris untuk membawa maksud sesuatu yang tidak diketahui puncanya atau sesuatu yang misteri. Sebagai contohnya X-ray bermaksud sinar cahaya yang tidak diketahui puncanya (pada awal penemuannya). Pernah lihat cerita X-files yang sangat popular suatu ketika dulu? Ianya meqisahkan siri penyiasatan oleh dua orang ejen yang menyiasat kes-kes yang pelik melibatkan UFO dan sebagainya yang penuh misteri. X-men pula mengisahkan manusia2 luar yang mempunyai kekuatan luar biasa (dan misteri?).
Rujukan lanjut : http://en.wikipedia.org/wiki/X
X juga istimewa dari segi bentuknya yang simetri bahkan mempunyai sehingga 4 paksi simetri. Maka X digunakan untuk pelbagai perlambangan seperti Jaqan, Laraqan, Peqgandaan huruf (dharab / kali) dan berbagai lagi. Maka tidak hairan sekiranya X lebih tersohor dari huruf-huruf lain dalam peqiklanan atau logo perniagaan. Andainya huruf-huruf ini diaqgap sebagai model dalam peqiklanan maka X bolehlah dianggap sebagai "supermodel" setaraf dengan huruf A dan O.
Berkaitan deqan X sebagai simbol kepada penggandaan maka timbul pula peqgunaan X yang menunjukkan peqgandaan saiz badan seseorang. Adakah anda bersaiz x-tra? Apakah saiz pakaian anda L atau XL atau mungkin XXXL ?
Dalam matematik, huruf X menjadi pilihan utama bagi mewakili nilai pemboleh ubah yang tidak diketahui / unknown / anu namun kali ini huruf X yang dipilih adalah X junior dari keturunan Latin iaitu
х kerana X senior telah digunakan sebagai mewakili simbol dharab.
Walaubagaimanapun bagi anda yang baru pertama kali hendak mengundi janganlah anda X dacing sekalipun saya tahu ramai daripada anda bencikan lambang tersebut kerana X di sana bermaksud UNDI dacing bukannya TAK MAHU DACING. (sekadar contoh OK!)
Walaubagaimanapun bagi anda yang baru pertama kali hendak mengundi janganlah anda X dacing sekalipun saya tahu ramai daripada anda bencikan lambang tersebut kerana X di sana bermaksud UNDI dacing bukannya TAK MAHU DACING. (sekadar contoh OK!)
Dari segi bunyi huruf pula, x mewakili 2 gabungan huruf iaitu huruf k dan s menjadi "ks". Sayang sekali, bilamana sesuatu perkataan yang berasal dari perkataan Inggeris hendak diBahasa Melayukan, huruf X telah diketepikan (seperti nasibnya si Q) dan digantikan dengan KS. Di antara perkataan yang mengalami nasib sedemikian adalah seperti ;
SEX menjadi SEKS
EXTREME menjadi EKSTRIM
PARADOX menjadi PARADOKS
EXPO menjadi EKSPO
EXPORT menjadi EKSPORT
EXTRA menjadi EKSTRA
RILEX menjadi RILEKS
EXPLORATION menjadi EKSPLORASI
nasib baik X-RAY tidak menjadi EKSRAY
Persoalannya, meqapa peranan dan bunyi asal X diketepikan semata-mata untuk memBahasa Melayukan sesuatu perkataan? Apakah rasionalnya? Jika ada sesuatu peraturan yang meqhalang tidak bolehkan peraturan itu dipinda, diabai atau dibuat-tak-tahukan?
Di sini saya ingin menyeru pihak yang bertaqgungjawab menaiktarafkan Bahasa Melayu agar sekali lagi menjadi bahasa dunia dan Liqgu Franca (bukan DBP ker?) untuk mempertimbaqkan saranan penulis yang kerdil ini ATAU suatu revolusi akan melanda bahasa kita (hahaha... ugut sikit)
Penulis yakin anda lebih selesa mengeja SEX dari SEKS bukan? Maka biarkanlan SEX dieja sebagai SEX (dan bukan SEKS) tanpa perlu mequbah apa-apa yang tidak perlu.
(sekadar berkongsi idea yang dikurniakan Allah kepadaku)
Penulis yakin anda lebih selesa mengeja SEX dari SEKS bukan? Maka biarkanlan SEX dieja sebagai SEX (dan bukan SEKS) tanpa perlu mequbah apa-apa yang tidak perlu.
No comments:
Post a Comment