Siapakah yang digelar ulama? Sekalipun berbagai pendapat berhubung dengan takrif ulama yang sebenar, namun pendapat yang digunapakai masyarakat awam bagi mereka yang bergelar ulama adalah seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di bidang keagamaan serta mendapat pendidikan agama secara formal sama ada di sekolah-sekolah pondok mahupun universiti. Sekalipun ada yang berpendapat bahawa golongan professional yang mempunyai pengetahuan mendalam di bidang-bidang tertentu juga layak bergelar ulama, namun pendapat tersebut tidak begitu diterima umum. Masyarakat lebih rela memberikan nama lain untuk golongan tersebut seperti cendekiawan, munsyi, ilmuan ataupun golongan terpelajar.
Menjadi seorang ulama di zaman ini sememangnya dipenuhi dengan berbagai aktiviti ilmiah. Membaca, menulis kertas kerja, mengarang buku, mengajar di masjid, memberi syarahan di pentas politik, menghadiri program diskusi dan wacana ilmu, menjadi ahli panel forum dan menghadiri berbagai lagi program ilmiah. Namun di antara kesemua aktiviti tersebut, menulis merupakan suatu aktiviti yang boleh dikatakan paling mencabar keilmuan seorang ulama. Ramai ulama yang boleh mengajar di masjid mahupun menjadi panelis di berbagai majlis ilmu namun tidak ramai yang dapat menghasilkan penulisan yang baik atau kitab yang menjadi rujukan ilmiah.
Persoalan yang ingin penulis lontarkan di sini adalah betapa aktiviti penulisan kurang diberi perhatian oleh para ulama masa kini terutamanya oleh para ulama rantau ini atau lebih tepat lagi di negara kita. Benarkah hipotesis tersebut dan mengapa ianya boleh terjadi?
Sekalipun penulis tidak dapat membentangkan statistik yang konkrit berhubung dengannya, namun pertanyaan lisan kepada rakan-rakan ‘ustaz’ (ulama?) yang penulis temui sememangnya mengakui hakikat tersebut.
Rasulullah s.a.w telah meletakkan asas yang kukuh tentang kepentingan ilmu sehingga di zaman tabiin dan selepasnya, pohon ilmu yang disemai semenjak dari zaman Nabi telah hidup subur dan berbuah dengan lebatnya. Penanda aras kepada kegemilangan ilmu di zaman kemuncak ketamadunan Islam adalah dengan terhasilnya ciptaan-ciptaan, bangunan-bangunan dan yang paling utama adalah banyaknya kitab-kitab yang ditulis oleh ulama dan ilmuan pada masa tersebut.
Kehebatan ulama-ulama terdahulu dalam bidang penulisan bukan sahaja dari segi kuantiti buku yang ditulisnya tetapi juga pada kualiti kandungan ilmu yang terkandung di dalamnya sehinggakan kitab-kitab mereka diterjemah dan menjadi rujukan untuk tempoh yang lama di universiti-universiti di Barat pada masa itu. Al-Khawarizmi dengan kitab Hisab Al-Jabr Wa-Al-Muqabala telah digunakan hingga kurun ke-16 di universiti-universiti Eropah. Di bidang ilmu Geografi kitabnya Surat Al-Ard (Shape of the earth) digunakan sehingga kurun ke-9 M. Al-Farghani dengan bukunya ‘Elements of Astronomy dan Conpendium’ juga telah digunakan di Eropah selama beberapa kurun. Ali At-Tabari telah menulis di bidang perubatan dengan bukunya Firdaus Al-Hikma (The Paradise Of medicine), Ar-Razi dengan karyanya Al-Hawi (The Comprehensive Book) dan Kitab Al-Asrar, Ibnu Sina (Abu Ali Husain ibn Sina) dengan karya agungnya ‘Cannon Of Medicine’ dan ‘The Book Of Healing’, Ibn Tufail dengan Hayyy b-Yazan, Ibn Rushd dengan karyanya Tahaful at tahafut (The Incoherence of The Incoherence), Al Farabi dengan Madinah Fadhilah (Ideal State) serta banyak lagi. Ternyata senarainya akan menjadi terlalu panjang untuk disenaraikan semuanya.[1]
Dari sudut kuantiti pula cukuplah penulis turunkan di sini beberapa contoh betapa hebat dan produktifnya ulama-ulama terdahulu menulis. Imam Sayuti (849H) umpamanya menulis sehingga 500 buah buku sepanjang 13 tahun tempoh kegiatan penulisannya iaitu dari umurnya 40 tahun sehingga akhir hayatnya 53 tahun. Antara kitabnya yang terkenal ialah Tafsir Al-Jalalain, Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al-Jaami al-Saghir, Al-Jaami' al-Kabir, Al Ashbah wan Nadzoir, Al Iklil Tabaqat al-huffaz, Alfiyyah al-Hadith dan lain-lain lagi.
Ini beertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab (yang tebal-tebal dan tinggi perbahasannya) setiap dua minggu. Seorang muridnya (Dawadi) pernah menceritakan bahawa pada beliau pernah melihat Imam Sayuti mengarang sebanyak tiga jilid dalam sehari.
Al-Razi (Abu Bakar Muhammad Al-Razi) menulis kira-kira 200 buah buku dalam bidang yang berbeza terutamanya dalam bidang ilmu kimia. Imam As-Syafie menulis melebihi 100 buah buku termasuklah Al-Rasalah, Kitab Al-Umm dan Musnad Ash-Shafi’i. Ibnu Sina menulis sehingga 450 buah buku di mana sebahagian besarnya dalam bidang falsafah dan perubatan dan 240 buah darinya masih didapati sehingga kini.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali telah menulis tidak kurang dari 70 buah kitab (meskipun terdapat sehingga 400 buah kitab yang di kaitkan dengan beliau) hanya dalam masa 14 tahun sahaja iaitu semenjak beliau mula menulis ketika berumur 40 tahun sehinggalah ke akhir hayatnya berumur 54 tahun. Antara kitabnya yang masyur seperti Ihya Ulumuddin, Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh ) dan berbagai lagi dalam bidang tasauf, falsafah dan perundangan.
Peribadi agung yang penulis paparkan di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja dari senarai panjang ulama-ulama yang banyak mewariskan kepada kita ilmunya berupa kitab-kitab yang ditulis tanpa termeteri padanya ungkapan keramat ‘Hakcipta Terpelihara’. Ternyata ulama-ulama tersebut amat prolifik dan produktif serta ‘jauh panggang dari api’ untuk dibandingkan dengan ulama-ulama mutakhir.
Sekalipun ulama-ulama tersebut jarang dikisahkan dengan karamah yang pelik-pelik seperti berjalan di atas air, berada di dua tempat dalam satu masa dan sebagainya seperti mana kisah-kisah ulama sufi, hakikatnya karamah mereka dalam menghasilkan buku-buku yang begitu agung lebih besar dan hebat lagi kerana hasil ‘buah tangan’ mereka yang berusia ribuan tahun masih boleh dikecapi sehingga ke zaman kita ini.
Ada yang berpendapat bahawa ulama-ulama tersebut dapat mengarang begitu banyak kitab yang tebal-tebal kerana mendapat “ilmu laduni” iaitu ilmu yang diperolehi tanpa belajar tetapi diperolehi secara langsung dari Allah. Apa yang pasti, pertolongan Allah sememangnya datang setelah adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.
Di kalangan ulama-ulama nusantara, kita dapati ulama-ulama dari Patani , Palembang, Aceh, Banjar dan Sumbawa lebih mendahului dari segi penulisan kitab-kitab. Nama-nama seperti Sheikh Abdus Samad al-Falimbani (Hidayat as-Salikin dan Siyar as-Salikin), Sheikh Daud Al-Fathani (menulis melebihi 35 buah kitab Melayu), Tuan Minal, Sheikh Wan Ahmad Fathani dan Sheikh Nik Mat Kecik Fathani amat sinonim dengan kitab-kitab kuning yang diajar di masjid-masjid sehingga sekarang.
Tok Kenali ulama yang terkenal di Kelantan, merupakan ketua pengarang kehormat majalah Pengasuh, suara rasmi Majlis Agama Islam Kelantan. Ironinya, Tok Kenali sendiri bukanlah seorang penulis yang hebat dan hanya diketahui pernah menterjemah kitab-kitab Arab ke Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun beliau dikenali kerana telah berjaya melahirkan satu angkatan ulama dan penulis yang hebat.
Di antara murid-murid Tok Kenali yang menjadi penulis di samping segala tugasan ulama yang lain adalah; Dr Asy-Syaikh Muhd Idris Al-Marbawiy, Asy-Syaikh Uthman Jalaaluddin Al-Kilantani, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad, Saahib As-Samaahah Datuk Mufti Hj Ismail b. Yusoff, Tuan Guru Hj Daud bin Haji Umar Bukit Abal, Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad Mahir (Mufti Kerajaan Kelantan), Tuan Guru Hj. Yaakub bin Ismail (Selatan Thailand) , Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah (1923), Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad dan Dato’ Hj. Hassan Yunus Al-Azhari (Bekas Menteri Besar Johor) serta Hj Mohd Salleh Tuk Kenali (anak beliau sendiri).[2]
Dr. Asy-Syaikh Muhd Idris Al-Marbawiy (1893-1989) merupakan tokoh pertama yang mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah. Beliau telah mengarang sebanyak 13 buah kitab yang tersohor. Beliau juga tidak meletakkan hakcipta terhadap kitab-kitab beliau. Dikatakan beliau pernah ditanya berhubung dengan royalti hasil percetakan dan penjualan kitab-kitab beliau namun beliau sendiri tidak selesa dengan soalan sedemikian kerana baginya menulis semata-mata kerana Allah. Di antara kitab beliau yang masyur dan masih diajar di masjid-masjid sekarang ini adalah Bahr Al-Maadzi (22 jilid). Beliau juga menulis kamus Arab-Melayu yang tersohor di alam Melayu iaitu Kamus Al-Marbawi.
Di antara ulama-ulama mutakhir tanah air yang giat menulis pula adalah seperti Haji Abdullah Abbas Nasution, Kedah (1912-1987) yang menulis sehingga 19 buah buku, Sheikh Abdul Rahim Idris Al-Kalantani (1912-1990)(20 buah) dan Drs Abdul Ghani Azmi Idris (20 buah).
Cuba kita bayangkan betapa sukarnya bagi ulama-ulama dahulu untuk melahirkan sebuah kitab. Ini kerana medium penulisan pada zaman dahulu mungkin hanya menggunakan pena dakwat celup, belulang menggantikan kertas, suasana yang malap di bawah cahaya pelita, proses menyalin dan berbagai lagi proses yang menyulitkan dalam usaha melahirkan sebuah kitab. Dibandingkan dengan sekarang di mana komputer dan internet memudahkan segalanya. Buku dan bahan rujukan yang mudah didapati. Tanpa kegigihan dan keazaman seperti mereka tentu kita tidak sanggup untuk menandingi mereka. Tambahan pula penulisan dan penghasilan kitab pada masa itu tentunya tidak menjanjikan apa-apa pulangan keduniaan dibandingkan sekarang.
Mengapakah fenomena kelesuan menulis tersebut boleh terjadi? Apakah ulama-ulama kita tidak diajar ilmu penulisan semasa pengajian mereka di universiti atau sekadar diberi latihan berceramah sahaja? Bukankan tesis yang dihasilkan merupakan sebahagian dari latihan menulis?
Pertanyaan sedemikian bukannya untuk memperlekeh tahap keilmuan yang ada pada ulama-ulama rantau ini namun sekadar suatu cabaran kepada para ulama agar lebih giat melakukan aktiviti menggunakan otak kiri tersebut. Hakikatnya bukan tidak ada buku-buku yang ditulis oleh ulama tanah air, namun tidak banyak yang mencapai tahap kesarjanaan yang boleh dijadikan hujjah ilmiah atau mungkin ianya hanya sekadar cedokan dari kitab-kitab yang lebih besar.
Ada yang berpendapat ulama sekarang mempunyai pelbagai aktiviti yang lebih dari sekadar mengajar di pondok semata-mata. Terdapat ulama yang terlibat dengan politik, mengajar di sekolah, terlibat dengan perniagaan atau aktiviti kemasyarakatan bahkan ada juga menduduki tangga korporat. Justeru kesibukan harian dan kepelbagaian tugasan menghambat mereka dari aktiviti menulis.
Ingin sekali penulis mengiayakan pendapat tersebut, namun jika dilihat kepada susur galur kehidupan Dr Hamka atau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (1908-1981), nescaya kita tidak mudah akur dengan alasan di atas. Di Indonesia, Profesor Dr Hamka bukan saja gigih berdakwah dan juga berpolitik menentang Sukarno dan Belanda tetapi juga merupakan seorang penulis yang hebat. Beliau bukan sahaja telah menyiapkan Tafsir Fi Zilalil Quran semasa berada di penjara, menulis berbagai buku falsafah (Tasauf Moden dan seumpamanya), sejarah (Sejarah Umat Islam, Sejarah Islam Di Sumatera) dan puluhan buku-buku agama bahkan turut juga menggunakan bakatnya dalam karya kreatif (Tenggelamnya Kapal Van Der Vick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Merantau Ke Deli) untuk berdakwah.
Sebaliknya, kita menyaksikan pula kemunculan ‘ulama-ulama professional’ yang giat menulis dan mengemukakan idea-idea baru. Mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal di bidang agama namun tulisan, pandangan dan idea mereka turut diikuti dan dikagumi oleh golongan ustaz-ustaz yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.
Sebagai contohnya, Mohd Yaacub bin Mohd Yunus (akob73.blogspot.com) lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Organisational Communication sudah menulis tidak kurang 10 buah buku dan banyak menulis artikel di majalah-majalah dan akhbar. Pekerjaan sebagai pegawai bank tidak menghalang beliau menulis buku, artikel dan juga membentang kertas kerja di seminar.
Hafiz Firdaus (hafizfirdaus.com) seorang juruterbang juga giat menulis buku dan artikel di majalah-majalah. Sekalipun tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal, penulis difahamkan sehingga kini sudah menulis hampir 30 buah buku. Tulisan beliau bukan sahaja dibaca oleh orang awam namun turut menjadi rujukan di kalangan lepasan Timur Tengah yang penulis kenali. Selain itu terdapat ramai lagi penulis-penulis blog bertemakan Islam yang dapat di layari di internet yang bukan sahaja ditulis oleh kalangan ulama sahaja.
Para ulama sebagai golongan yang berilmu sepatutnya lebih terkehadapan dalam aktiviti penyebaran ilmu pengetahuan bukan sekadar menyampaikan secara lisan di masjid-masjid bahkan memperbagaikan lagi aktiviti penyampaian tersebut dengan menulis di berbagai wadah (buku, majalah, akhbar) dan genre (rencana, cerpen, puisi), membuka laman sesawang (website) atau blog sendiri, serta mengatur pelbagai bentuk program seperti kempen, lawatan, perkhemahan dan sebagainya.
Kita tidak mahu mereka yang tidak begitu memahami roh ajaran Islam yang sebenarnya dan hanya melihat Islam pada lahirnya sahaja begitu ghairah mentafsirkan ajaran Islam menurut fahaman sendiri. Kita juga tidak mahu mereka yang tidak begitu mendalami bahasa Arab namun “berjelira” mentafsir al-Quran mengikut wacananya yang tersendiri. Namun, menurut pemerhatian penulis, golongan yang telah diserapi dengan fahaman-fahaman seperti liberal, sosialis dan feminisme (seperti Astora Jabat, Kassim Ahmad dan Sisters in Islam) begitu giat menyebarkan fahaman mereka yang meresapi ke dalam ajaran Islam melalui penulisan-penulisan sama ada di akhbar, majalah, blog mahupun kertas kerja dan rencana ilmiah.
Penulis berasa amat kecewa bila terdapat di kalangan ustaz-ustaz yang penulis temui menyatakan bahawa tulisan mereka yang tersebut di atas ‘tak perlu dilayan’ dengan erti kata hujjah-hujjah mereka tidak perlu dijawab. Antara alasan yang dikemukakan adalah seumpama tidak perlunya orang pandai melayan orang jahil berhujah. Mereka juga berpendapat bahawa jika kita ‘melayan’ tulisan orang-orang seperti itu, mereka akan lebih ‘naik angin’ dan merasakan hujah mereka mendapat sambutan. Pandangan seperti itu amatlah meleset serta menunjukkan bahawa mereka yang berkata demikian tidak mengetahui realiti yang berlaku serta mereka sendiri tidak mengikuti hujjah-hujjah golongan liberal dengan teliti.
Apa yang sebahagian ulama tidak sedar adalah bahawa golongan yang penulis katakan tadi sebenarnya mempunyai ‘pengikut dan peminatnya’ yang tersendiri yang terdiri dari golongan profesional, kelas menengah dan terpelajar yang berminat dengan Islam namun tidak berpeluang atau berkesempatan mempelajari ilmu-ilmu Islam secara formal. Ulama-ulama itu juga mungkin tidak sedar bahawa golongan liberal tersebut menulis secara akademik dan bukannya memberikan hujjah-hujjah kedai kopi yang boleh diabaikan. Sekalipun hujjah-hujjah mereka mungkin hanyak berpusatkan logik akal semata-mata ataupun berdasarkan tafsiran tersendiri terhadap ayat Al-Quran mahupun hadis namun hujjah tersebut tetap hujjah ilmiah dan amat menarik didengar sekiranya tidak mendapat jawapan timbal balas dari pihak ulama.
Memandangkan betapa bahayanya pemikiran yang dibawa oleh golongan liberal, sosialis dan sepertinya tetapi berimej Islam, tulisan-tulisan mereka sepatutnya diberi perhatian khusus serta segera dijawab segera dengan hujjah ilmiah bagi menafikan hujjah-hujjah golongan tersebut. Jika boleh suatu ruangan khas diberikan untuk menjawab segala pandangan tersebut secara berkala. Siapakah yang bersalah sekiranya hujjah-hujjah golongan liberalis dan seumpamanya tidak segera dijawab, maka idea-idea tersebut diterima oleh masyarakat awam kerana berpendapat hujjah-hujjah golongan liberal tersebut adalah betul kerana ‘tidak mampu’ di jawab oleh ulama-ulama ‘ortodok’ (meminjam gelaran yang diberi oleh Islam Liberal).
Sebagai contohnya sekiranya ada pihak menerbitkan satu rencana berkenaan tiadanya azab kubur dengan hujjah-hujjah yang tertentu, maka ulama-ulama yang menentang pendapat tersebut mestilah juga mengeluarkan satu rencana balas yang mematahkan setiap hujjah golongan liberal tadi. Adalah tidak mencukupi sekiranya hanya dijawab dengan dalam satu perenggan sahaja, atau ‘memarahi atas angin’ atau membalas di medan yang berbeza iaitu menjawab di masjid-masjid. Ini kerana medan yang berbeza mempunyai khalayak yang berbeza pula.
Andaikata golongan Feminisme atau mereka yang mendabik dada memperjuangkan hak-hak wanita menerbitkan sebuah buku pula berhubung dengan kesamarataan antara lelaki dan wanita, maka syarah (perbahasan) kepada buku tersebut mesti segera diusahakan. Bukankah Islam telah mengajarkan kita untuk melawan musuh dalam medan yang sama? Jika di zaman Firaun dahulu ramai ahli sihir digunakan untuk melawan Nabi Musa a.s. maka Allah telah memberikan kelebihan berupa ‘tongkat ajaib’ kepada kepada Nabi Musa. Jika di zaman Nabi Muhammad s.a.w kemahiran bahasa dan sastera boleh dijadikan senjata melawan musuh, maka siapakah dapat melawan kehebatan bahasa Al-Quran? Maka di zaman kita ini, senjata maklumat dan nuklear musuh mestilah diseimbangkan dengan kekuatan yang sama. Penulisan tajam musuh mestilah dijawab melalui medan bertulis juga.
Tidak syak lagi peranan ini harus segera dimainkan oleh Persatuan Ulama atau Dewan Ulama sesebuah persatuan atau parti yang penulis rasakan kurang berfungsi sebagaimana sepatutnya sekarang ini. Apakah penjelasan mereka berhubung isu penggunaan nama Allah oleh gereja?
Lihat sahaja jika seorang mufti yang hanya mengajar di majlis-majlis ilmu atau mengurus di pejabat dibandingkan dengan seorang mufti itu yang rajin menulis bahkan mempunyai ruangan tetap di akhbar harian ditambah pula dengan pandangannya yang berani, yang manakah memberikan impak yang lebih berkesan kepada masyarakat bahkan juga pemerintah? Yang mana pula lebih berwibawa dan boleh dipertanggung jawabkan? Sekalipun beliau bukan lagi seorang mufti terrnyata beliau masih aktif menulis dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
NUKILAN : ZIL AMRI[1] Beberapa Aspek Tamadun Islam (kumpulan artikel), Universiti Sains Malaysia, Pustaka Aman Press Sdn Bhd.[2] Abdullah Al-Qari b. Hj Salleh, Detik-detik Sejarah Hidup Tok Kenali, Al-Hidayah publishers
* Sedang saya 'membelek-belek fail' dalam netbook, saya terjumpa kembali rencana di atas yang disiarkan dalam majalah Millenia keluaran (...) dengan beberapa pemotoqan dan editan. Saya siarkan di sini tulisan penuh rencana tersebut sekadar meqisi ruaqan blog dan berkoqsi idea.

, maksud saya huruf X adalah suatu huruf yang istimewa kerana ia mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri sama ada dari segi maksud, bentuk dan bunyi kalimatnya.