TAKAFUL * PROPERTY * PHILOSOPHY * POLITICS * EDUCATION * PERSONAL VIEW

Friday, March 9, 2012

TUKAR "NG" KEPADA "Q"

Zaman sekaraq sekarang adalah zaman di mana semua aktiviti hendak dilakukan dengan cepat. Kalau dahulu, kita boleh menunggu PC kita mengambil masa sehingga seminit untuk di"boot", sekarang ini sekiranya melebihi 10 saat untuk boot pun kita sudah berasa terlalu lama dan mungkin mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengan komputer kita.

Perhatikan tulisan kawan-kawan kita di dalam facebook atau sms, terlalu banyak perkataan yang diringkaskan semata-mata untuk menjimatkan masa dan ruang. Apatah lagi charge untuk sms di kira "as per text basis" atau berdasarkan jumlah perkataan. Ini bermakna penjimatan huruf bermaksud penjimatan wang.

Dalam tulisan jawi, hurung NG hanya diwakili oleh satu huruf sahaja iaitu huruf "NGA" (ڠ). sayangnya tiada satu huruf yang boleh mewakili huruf 'ڠ' dalam tulisan rumi, Bagi menggantikan huruf tersebut maka digunakan huruf NG. Ini bermakna penambahan satu huruf (menjadi dua huruf gabungan) bagi mewakili satu bunyi konsonan.

Pada masa yang sama kita dapati huruf Q kurang digunakan dalam penulisan perkataan Bahasa Melayu. Tambahan pula sebutan huruf Q hampir sama bunyi dengan huruf K dalam Bahasa Melayu.

Itulah sebabnya kita dapati penggunaan huruf Q telah ditukar ke huruf K bila perkataan tersebut di Bahasa Melayukan seperti Qualiti di tukar kepada Kualiti, Quantiti kepada Kuantiti, Quadrant kepada Kuadran,  Qudrat kepada Kudrat, erm, erm, ... apa lagi yer?... (sila cadangkan kepada saya jika ada).

Dengan kata lain, dua huruf Q dan K telah mewakili satu bunyi yang hampir sama dalam BM dan oleh kerana huruf K lebih dominan penggunaanya maka huruf Q kelihatan merajuk dan menyisihkan diri.

Penulis berpendapat huruf Q diberikan peranan dan tanggungjawab (macamlar huruf ni manusia yer...) yang lebih besar iaitu diberi bunyi yang baru iaitu bunyi "NG". Huruf Q amat sesuai untuk tugasan tersebut kerana huruf besarnya (capital letter) dan huruf kecilnya menyerupai huruf G. Bandingkan G dengan Q  (sama-sama berbentuk bulat, "chubby" dan menjelir lidah) dan juga "g" dengan "q" (sama-sama punya kepala dan ekor).

Maka mulai hari dan saat ini,marilah kita bersama memulakan revolusi dalam penulisan Bahasa Melayu deqan cara kita menukarkan peqgunaan huruf 'ng' kepada huruf 'q'. Muqkin pada awalnya kita merasa jaqgal namun akhirnya kita pasti akan dapat menerimanya.

Sebagai laqkah awal, penulis cadaqkan agar peqgunaan q meqgantikan ng hanya di dalam penulisan tidak rasmi dahulu seperti sms, twitter dan facebook. Selepas itu kita teqoklah kesannya dan biarkan juga Bahasa Melayu terevolusi sendiri oleh cetusan idea penulis tersebut.

Nanti apa kata orang Inqgeris dan kesannya yang berbeza dengan bunyi sebutannya (huruf Q) dengan Bahasa antarabaqsa? Apa pula kata Pertubuhan Penulisan Antarabaqsa? Haha... jaqan bimbaq sebab sebenarnya pertubuhan tu tak wujud. Jaqanlah kita fikir saqat akan apa oraq luar akan kata. Baqsa Yahudi tetap kuat walaupun tulisan  yang pelik itu (Hebrew) dan bahasanya hanya digunakan oleh baqsanya sahaja. Baqsa yang mempunyai jatidiri untuk mengekalkan identitinya tetap akan muncul dominan manakala baqsa yang takut-takut dan rela meqhapuskan tulisannya sendiri (jawi) atau memperkecilkan peranan bahasanya (?) kerana takut berbeza akan menjadi senasib dinosor... walau selalu meqhunus keris dan menjerit "Takkan kami hilang di dunia".

Apa pula kata DBP... tengoklah yer... muqkin tak kata apa-apa kerana mereka sedaq sibuk bermesyuarat.

"dare to be difference"





No comments:

Post a Comment