TAKAFUL * PROPERTY * PHILOSOPHY * POLITICS * EDUCATION * PERSONAL VIEW

Tuesday, September 30, 2014

KEBENARAN ITU DARI TUHANMU... maka YAKINLAH

Semenjak awal penemuannya pada tahun 1930 lagi, Pluto dianggap sebagai sebuah planet. Itulah yang diajari dan tertulis di dalam buku2 teks sekolah menengah dan universiti dan dihafal oleh pelajar2 sekolah (termasuk saya) selama puluhan tahun, bahawa Pluto adalah planet ke-9 dalam sistem cakrawala angkasa lepas. Hanya selepas 75 tahun (iaitu selepas penemuan 'kuiter belt' dsbnya), barulah ahli-ahli sains angkasa lepas mengkategorikan Pluto hanya sebagai Dwarf  sahaja.
 
Kita dinasihatkan oleh doktor agar tidak memakan telur terlalu banyak dalam sehari sekian lama. Ini kerana kajian sains mengaitkan telur dengan kolesterol dan memberi kesan negatif kepada kardiovascular manusia. Namun kajian terbaru menunjukkan telur mempunyai kandungan nutrien yg tinggi (nutrient-dense food), kandungan protin yg berkualiti dan micro-nutrient yg penting untuk badan manusia serta tidak timbul lagi soal kesihatan kepada jantung. Maka kita digalakkan untuk makan telur sebanyak yg poket kita mampu bayar.
 
Penemuan dan pendapat sains tentang atom juga menyaksikan perubahan demi perubahan semenjak dari awal penemuannya oleh Demokratus pada zaman Yunani membawa kepada Robert Boyle, John Dalton (1800), Thomson (1850), Rutherford dan Bohr (1913) sehingga timbulnya berbagai teori2 moden berkaitan atom.
 
Sains bukan hanya sekali dua melakukan kesilapan (dan perubahan) dalam pandangannya terhadap alam dan kehidupan ini. Sekalipun ilmu sains adalah ilmu yang paling diyakini kerana berasaskan bukti-bukti empirikal yang meyakinkan, namun kerap kali pula penemuan-penemuan terkemudian membatalkan penemuan terdahulu. Itupun hanya berlaku selepas berabad lamanya manusia berpegang kepada sesuatu pendapat atau teori sains  dengan penuh yakin.
 
Kebenaran sains tidak dapat menyaingi kebenaran Al-Quran namun boleh digunakan untuk menyokong kebenaran Al-Quran. Bila berlakunya percanggahan di antara Al-Quran dan sains (mahupun mana-mana cabang ilmu lain), maka kita yang mengaku beriman mestilah dengan penuh yakin menolak segala pendapat atau teori tersebut.
 
Pendapat sains dan penemuannya boleh berubah dari semasa ke semasa. Hanya Al-Quran yg tidak berubah dan terus mempertahankan 'pendapat' dan faktanya dari dulu, kini dan selamanya. Marilah kita berpegang teguh dan yakin dgn kebenaran Al-Quran tanpa sebarang keraguan lagi.
 
"Kebenaran itu, adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."
(Al-Baqarah : 147)

Friday, September 19, 2014

MATI YANG PASTI

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."  (Al-Anbiyaa' : 35)
 
Demikian ketetapan Allah ke atas makhluknya. Ayat di atas (dan ayat-ayat lain seumpamanya) selain menjadi tazkirah kepada kita semua agar bersedia menghadapi kematian, sekiranya kita amati adalah menjadi hujjah atas kebenaran Al-Quran itu sendiri. Al-Quran dengan begitu yakin dan tegas telah menetapkan bahawa kematian itu suatu yang PASTI berlaku ke atas setiap yg bernama makhluk dan ketetapan / peraturan / sunnatullah itu tidak dapat diubah-ubah lagi,
 
Manusia, walau secerdik / sepandai manapun dia pasti tidak berani untuk menjamin bahawa SETIAP yang hidup pasti menemui kematian (kecuali manusia yg sudah hilang kewarasannya), Ini kerana kita tidak pasti mungkin saja 1000 tahun lagi manusia dapat menemui formula / pil / ubatan yang boleh mengekalkan keremajaan seseorang dan memberinya kekebalan dari kecederaan atau penyakit. Apatah lagi dengan kemajuan sains sangat cepat dan produktif menghasilkan penemuan demi penemuan baru, impian tersebut mungkin sahaja tercapai. Itu, seandainya kita mengikut logik kita semata-mata.
 
Kita hanya berani memberi jaminan bahawa semua yang hidup pasti menemui kematian HANYA setelah ditegaskan sendiri oleh Al-Quran dan kita menjadi amat yakin dengan 'postulat' atau 'aksiom' tersebut. Bersandarkan postulat yg ditetapkan oleh Al-Quran tersebut, kita tidak memerlukan sribu tahun lagi untuk membuktikan premis bahawa 'semua yang hidup / setiap diri pasti akan mati'.
 
Semoga kita semakin yakin dengan Al-Quran dan Islam yang kita anuti ini dan keimanan kita semakin teguh dari hari ke hari sehingga kita sendiri menemui kematian.
 

Monday, September 15, 2014

SELURUH MAKHLUK TUNDUK KEPADA ALLAH

"Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang."
(Ar-Ra'ad : 15)

Kita merasakan bahawa diri kita hanyalah diri yg satu tanpa berpecah/terpisah. Ketahuilah bahawa setiap anggota / organ / sel2 kita adalah 'entiti' dan 'individu' yg tersendiri.
Jantung kita berdegup tanpa menurut perintah kita. Sel2 darah putih (leucocytes) memburu dan memakan bakteria dan bendasing di dalam badan kita tanpa kita menyuruhnya bahkan tanpa kita menyedarinya. Setiap sel badan kita bekerja secara tersendiri dan sesama mereka mengikut arahan dan aturan Allah tanpa sedikitpun camputangan kita. Begitu juga organ2 lain spt peparu, buah pinggang, anak mata dan sebagainya. Semuanya tunduk kpd perintah dan sunnah Allah secara paksa dan tiada pilihan.
Hanya KITA yg diberi pilihan sama ada tunduk patuh kpd perintah Allah atau sebalik. Marilah kita memilih untuk mengabdikan diri kpd Allah secara sukarela dan penuh redha agar Allah juga redha kpd kita.

Saturday, September 13, 2014

MAKANLAH DENGAN IZIN ALLAH

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." (Al-Mulk : 15)

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah ...akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." (An-Nahl : 114)

Maka berkata Tok Guru, nasib baiklah Allah turunkan ayat-ayat ini (dan seumpamanya di dalam Al-Quran) yg memberi keizinan kepada kita untuk menjamah rezeki yg Allah rezekikan kepada kita dari segala macam makanan dan minuman di muka bumi ini.
Ibaratnya jika kita berada di rumah orang, selagi tuan rumah tidak mempersilakan kita makan maka kita tidak berani menjamah makanan tersebut. Bila Tuan Rumah Dunia ini menjemput "Silakan makan,..." barulah wajar bagi kita menjamahnya.

Malangnya ramai manusia yg makan dan minum dgn lahapnya di muka bumi sehingga lupa langsung kepada Tuan Rumah dunia ini. Bahkan mereka tidak segan silu pula berbuat onar di rumah orang yang mereka tumpang singgah sebentar.

Berkata lagi Tok Guru, bagi mereka yg makan namun lupa menyebut "BismiLlah .." maka orang seperti ini "padey bulih bui nappa", baru dia mengerti.

Demikian sekadar yg ku ingat ajaran/kuliah TGHNAA dan ku olah sendiri rempah ratusnya untuk renungan bersama.