Semenjak awal penemuannya pada tahun 1930 lagi, Pluto dianggap sebagai sebuah planet. Itulah yang diajari dan tertulis di dalam buku2 teks sekolah menengah dan universiti dan dihafal oleh pelajar2 sekolah (termasuk saya) selama puluhan tahun, bahawa Pluto adalah planet ke-9 dalam sistem cakrawala angkasa lepas. Hanya selepas 75 tahun (iaitu selepas penemuan 'kuiter belt' dsbnya), barulah ahli-ahli sains angkasa lepas mengkategorikan Pluto hanya sebagai Dwarf sahaja.
Kita dinasihatkan oleh doktor agar tidak memakan telur terlalu banyak dalam sehari sekian lama. Ini kerana kajian sains mengaitkan telur dengan kolesterol dan memberi kesan negatif kepada kardiovascular manusia. Namun kajian terbaru menunjukkan telur mempunyai kandungan nutrien yg tinggi (nutrient-dense food), kandungan protin yg berkualiti dan micro-nutrient yg penting untuk badan manusia serta tidak timbul lagi soal kesihatan kepada jantung. Maka kita digalakkan untuk makan telur sebanyak yg poket kita mampu bayar.
Penemuan dan pendapat sains tentang atom juga menyaksikan perubahan demi perubahan semenjak dari awal penemuannya oleh Demokratus pada zaman Yunani membawa kepada Robert Boyle, John Dalton (1800), Thomson (1850), Rutherford dan Bohr (1913) sehingga timbulnya berbagai teori2 moden berkaitan atom.
Sains bukan hanya sekali dua melakukan kesilapan (dan perubahan) dalam pandangannya terhadap alam dan kehidupan ini. Sekalipun ilmu sains adalah ilmu yang paling diyakini kerana berasaskan bukti-bukti empirikal yang meyakinkan, namun kerap kali pula penemuan-penemuan terkemudian membatalkan penemuan terdahulu. Itupun hanya berlaku selepas berabad lamanya manusia berpegang kepada sesuatu pendapat atau teori sains dengan penuh yakin.
Kebenaran sains tidak dapat menyaingi kebenaran Al-Quran namun boleh digunakan untuk menyokong kebenaran Al-Quran. Bila berlakunya percanggahan di antara Al-Quran dan sains (mahupun mana-mana cabang ilmu lain), maka kita yang mengaku beriman mestilah dengan penuh yakin menolak segala pendapat atau teori tersebut.
Pendapat sains dan penemuannya boleh berubah dari semasa ke semasa. Hanya Al-Quran yg tidak berubah dan terus mempertahankan 'pendapat' dan faktanya dari dulu, kini dan selamanya. Marilah kita berpegang teguh dan yakin dgn kebenaran Al-Quran tanpa sebarang keraguan lagi.
"Kebenaran itu, adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."
(Al-Baqarah : 147)